4 August 2011

Ya Muhammad...!!!

In the country of Arabia,about six hundred years after the life of Jesus,there lived a man called Muhammad,may Allah bless him.Muhammad had been a shephered and then a merchant.He could not even read or write , and yet he represented the world with a book - a book (al-Quran) he had received from God - a book containing a new message and a new way of life for mankind; the laws of a new religion and the founding principles of a vast and powerful civilisation.Allahuakbar...!!!


Khutbah Pertama di Makkah

Rasulullah mengumpulkan kaumnya.Setelah mereka berkumpul,baginda menyampaikan pujian kepada Allah,lalu bersabda:

“Sesungguhnya seorang pemandu tidak akan mendustakan keluarganya.Demi Allah,sekiranya saya dapat mendustai semua manusia pun,saya tidak akan mendustai kalian.Sekiranya saya dapat menipu semua manusia,maka saya tidak akan menipu kalian.Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia,saya adalah Rasul Allah yang diutus kepada kamu sekalian secara khusus dan kepada manusia secara umum.Demi Allah,kalian pasti akan mati sebagaimana kalian tidur,dan kalian pasti akan dibangkitkan sebagaimana kalian bangun dari tidur.Kalian pasti akan dihisab berdasarkan amal kalian.Kalian pasti akan diberi balasan kebaikan dengan kebaikan,keburukan dengan keburukan pula.Sesungguhnya di sana ada syurga yang abadi atau neraka yang abadi pula.”

Orang ramai saling berbisik sesama mereka,kecuali bapa saudara baginda,Abu Lahab.Katanya, “Belenggu
kedua tangannya sebelum orang Arab berhimpun kepadanya.Jika kalian tunduk kepadanya,bererti kalian menjadi hina,dan jika kalian membelanya,kamu akan dimusuhi.”
Abu Thalib berkata, “Demi Allah,kami akan membelanya selagi dia ada di tengah kami.”
Setelah itu orang ramai pun beredar.                                                    

(Jamharah Khutbah Al-Arab Sirah Al-Halabiyah,
Al-Kamil Ibnu Katsir,Sirah Al-Khadhry)

Orang Terakhir yang Masuk Syurga

Ibnu Masud melaporkan Rasululllah berkata,

“Saya akan memberitahu kepada kalian penghuni neraka yang terakhir keluar dari sana atau penghuni syurga yang terakhir masuk syurga,iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka sambil merangkak.Lalu Allah berkata, ‘Pergi masuk ke syurga.’Lalu dia pergi ke sana dan mendapati ia penuh.Dia kembali dan berkata, ‘Wahai Tuhanku,saya mendapati syurga sudah penuh.’Allah berfirman, ‘Pergi masuk ke syurga.’Lalu dia pergi ke sana dan mendapati ia penuh.Dia kembali dan berkata, ‘Wahai Tuhanku,saya mendapati syurga sudah penuh.’Alah berfirman, ‘Pergi ke syurga kerana kamu mendapatakan sebagaimana seperti di dunia,bahkan kamu mendapat sepuluh kali ganda daripada dunia.’
Dia berkata, ‘Apakah engkau mempermainkan saya atau mentertawakan saya,sedangkan engkau adalah al-Malik?’

Ibnu Masud berkata,dia melihat Rasulullah tersenyum hingga menampakkan gigi geraham baginda.Beliau mengatakan hal itu bagi menggambarkan penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya.

Inti Sari Khutbah

  • Penghuni neraka mempunyai peluang dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.
  • Orang beriman yang berada di dalam syurga di tempatkan mengikut tahap-tahap tertentu berdasarkan amalan mereka ketika di dunia.
  • Penghuni syurga yang paling rendah darjatnya adlah mereka yang dikeluarkan dari neraka lalu dimasukkan ke syurga.

No comments:

Post a Comment