17 August 2011

Untuk Sang Bidadariku

Adindaku sayang,
Aku sangat bersyukur kepada Allah atas pernikahan ini, atas dipilihnya engkau sebagai pendampingku atas dipilihnya engkau sebagai kekasihku. Aku juga bersyukur bahwa Allah telah mempertemukan aku dengan mu untuk menjalani sisa kehidupan ini bersamamu.    


Adindaku sayang, 


Aku adalah orang asing bagimu, dan engkau adalah orang asing bagiku. Kalau bukan karena mengharap redha Allah atas pernikahan ini, tentu engkau akan memilih orang dekat yg engkau ketahui latar belakangnya, tapi karena engkau memilih Allah sebagai pelindungmu atas segala bahaya yg akan datang padamu, atas segala nikmat yang akan tercurah kepadamu maka engkau memilih aku sebagai suamimu meskipun aku sangat asing bagimu. Maka dengan itu pula akupun berdoa kepada Allah semoga engkau selamat dari bahaya yang timbul karena menikah denganku dan semoga rahmat Allah dapat tercurah kepadamu melalui pernikahan ini.


Adinda sayangku. 


Aku bukanlah manusia sempurna yang terbebas dari salah. Aku hanyalah seorang hamba yang ingin menyempurnakan separuh agama, melaksanakan sunnah nabi seperti para sahabatku lainnya. Aku hanyalah seorang pengembara yang baru saja menemukan pulau tambatan hati, setelah sekian lama terombang-ambing dalam gelombang kebingungan dan kebimbangan, hingga Allah menurunkan rezekinya kepadaku berupa dirimu, sebagai tempat pelipur lara, sebagai tempat berkasih sayang, sebagai tempat berkeluh kesah, sebagai tongkat penunjuk jalan, sebagai pelita dalam kegelapan, sebagai embun dikala dahaga, sebagai tempat berteduh dikala panas, sebagai selimut dikala dingin, sebagai peredam duka dikala emosi, sebagai tempat berpangku mesra dikala gundah gulana dan sebagai tempat mengadu dikala ragu dan buntu.  


Adindaku,


Aku menyadari siapa diriku, maka aku tak ingin meminta lebih kepadamu, aku tak ingin engkau secantik Zulaikha,atau secerdas Aisyah, atau sezuhud Khadijah atau semulia Maryam. Aku juga tak ingin engkau sesolehah Asiah tetapi bersuamikan firaun. Aku hanya ingin engkau seperti apa adanya, yang menangis dikala sedih, yang marah dikala terluka dan tersenyum dikala bahagia. Aku tidak menginginkan engkau sesempurna isteri sang nabi, sebab aku sadar bahwa aku pun tidak sesempurna beliau. Yang aku inginkan adalah bahwa kita saling menjaga agar bisa meneladani sikap mereka. 


   


Adindaku…   


Jika engkau mengharap harta dariku, ketahuilah

16 August 2011

Puisi Buat Mustika : Kitab Cinta

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain.
Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan...

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa maknaSudah bertahun malamku berlalu menunggumu, Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani keangkuhan dunia

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku
Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain...

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya..
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira dengan apa yang dicurinya..

Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada

Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka
Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita

Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa...

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap dan bersujud
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi...




Salam dari gembala rindu,


Wali




cintaku bagai ayat-ayat yang terpatri dalam helaian kitab




Tak tertampung perasaan ini jika puisi seindah ini dikirim oleh orang yang diharapkan cintanya. Terlalu indah hingga bisa buat mata saya bergenang dan hati berombak kuat. Surutnya tidak tahu bila.


Puisi di atas adalah daripada Kitab Cinta, gabungan cerita antara Malaysia dan Indonesia. Tidak pasti milik siapa nukilan ini tapi sungguh dalam maksudnya, sampai tepat ke dalam hati, jika difahami. Tergiang-ngiang di kepala memaksa saya kongsinya disini sama seperti kisah Yusuf bersama Zulaikha. Cukup indah buat yang mengerti...




:::dany:::

10 August 2011

UKHUWWAH ISLAMIYYAH


SESUNGGUHNYA Ukhuwwah Islamiyyah atau persaudaraan Islam merupakan manifestasi daripada aqidah dan keimanan sebenar seseorang Muslim. Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menyifatkan, "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."

Setiap Muslim perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah seseorang itu merasa senang dan tenteram terhadap saudaranya. Manakala darjat yang paling tinggi ialah seseorang itu mampu mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri. Sifat ini juga disebut "Ithar".

Pengertian Ukhuwwah Ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam) merupakan anugerah suci dari Allah SWT. Ia juga sebagai suluhan Rabbaniah dan nikmat Ilahiyyah. (Ruj. Abdullah Nasih Ulwan; Ukhuwwah Islamiyyah).

Ukhuwwah merupakan kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-hambanya yang ikhlas, penolong-penolongnya dan orang-orang yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Anfal: 62-63).

Ukhuwwah merupakan kekuatan iman seseorang. Ia melahirkan perasaan lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati serta saling percaya mempercayai di kalangan setiap mereka yang bertanggungjawab melaksanakan tuntutan aqidah. Ukhuwwah juga merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa.

Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwwah. Begitu juga tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan. Adapun tiada ukhuwwah tanpa iman dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat: 10).

Dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa taqwa. Maksudnya:

"Teman-teman rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Al-Zukhruf: 67).


Kelebihan Ukhuwwah

Bagi mereka yang menghayati konsep ukhuwwah Islamiyyah di dalam kehidupan, mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Hal ini dapat dilihat melalui hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Wajah mereka bercahaya: Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Segolongan di antara hamba-hamba Allah yang mereka bukanlah nabi, bukan para shuhada".

Sehinggakan para nabi dan para shuhada' merasa iri hati terhadap ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah pada hari qiamat kelak. Para sahabat berkata. "Beritahulah kami wahai Rasulullah siapakah mereka?"

Baginda menjawab, "Mereka ialah orang yang saling mengasihi kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga, bukan kerana harta yang boleh diunjuk ambil. Demi Allah sesungguhnya muka-muka mereka seperti nur dan sesungguhnya mereka mengatasi nur, mereka tidak takut apa yang manusia lain takut dan mereka tidak bersedih terhadap apa yang manusia sedih."

Mendapat perlindungan Arasy Allah pada hari qiamat; Muslim meriwayatkan sabdaan Rasulullah s.a.w. bermaksud; "Sesungguhnya Allah Taala akan berkata pada hari qiamat kelak: "Di mana orang-orang yang saling berkasih sayang demi kerana kebesaran-Ku, hari ini.Aku lindungi mereka di bawah lindungan-Ku, tiada ada lindungan selain dari lindungan-Ku." Merasai kemanisan iman;

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim Rasulullah s.a.w. bersabda; Tiga macam orang yang mendapat kemanisan iman; iaitu orang yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah ia diselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalam api.

"Mereka dilimpahi kasih Allah; Imam Malik meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Allah berfirman: "Telah Aku wajibkan kasih-Ku kepada (setiap) dua orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, yang saling ziarah menziarahi kerana-Ku dan saling beri memberi kerana-Ku."





Syarat Ukhuwwah pada jalan Allah

Di antara syarat-syarat ukhuwwah yang seharusnya dipenuhi oleh setiap Muslim yang menghayati konsep ukhuwwah sebenar ialah seperti berikut: Ikhlas kerana Allah; Ukhuwwah yang sebenar tidak akan lahir sekiranya hubungan yang terjalin di antara mereka di atas dasar dan matlamat selain daripada Allah SWT.

Oleh itu, bagi setiap pendakwah perlulah memastikan hubungan mereka di antara sahabat-sahabat sefikrah dan sewadah mestilah kerana Allah dan bukanlah kerana kepentingan yang lain dari-Nya. Apabila keadaan ini berlaku, maka akan lahirlah keberkatan dalam bersaudara seterusnya membuahkan kemanisan berukhuwwah. Justeru, ia melahirkan kemanisan bekerja di kalangan ahli jamaah lantaran kasih sayang, tanggungjawab, keprihatinan dan bantu membantu di kalangan mereka.

Sebenarnya, situasi ini merupakan elemen penting yang menjamin kelancaran dan kejayaan kerja-kerja dakwah. Disertakan dengan keimanan dan taqwa; Ukhuwwah Islamiyyah menuntut kepada keimanan dan ketaqwaan di antara mereka yang bersaudara. Lazimnya, jalinan ukhuwwah sebenar adalah sukar untuk dibina di kalangan individu-individu lemah keimanannya dan nipis ketaqwaan.

Bertanggungjawab terhadap manhaj Islam; Bagi mereka yang berukhuwwah pada jalan Allah hendaklah saling nasihat menasihati saudaranya kerana Allah. Saling tegur menegur dan bersikap tegas dan ikhlas dalam memperbaiki kelemahan atau kecacatan saudaranya kerana Allah. Rasulullah s.a.w. sendiri telah berbai'ah dengan para sahabat untuk mendirikan sembahyang, membayar zakat dan memberi nasihat kepada setiap Muslim.


Cara-cara untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah

Ukhuwwah Islamiyyah hanya akan lahir dan subur melalui keyakinan dan amalan. Hal ini bersesuaian dengan sifat Islam yang bersifat teori dan juga mengutamakan praktikal.

Di samping keimanan, setiap Muslim perlu berusaha memastikan tingkah laku serta pergaulan harian mereka akan menyuburkan semangat ukhuwwah di kalangan mereka. Di antara tatacara yang boleh membantu dalam memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan kita ialah:

1) Apabila saudara mengasihi seseorang kerana Allah. Maka ia hendaklah memberitahunya bahawa ia mencintainya.

2) Hendaklah melazimkan berjabat tangan apabila bertemu dengan seseorang.

3) Hidupkan program ziarah-menziarahi dari semasa ke semasa.

4) Hendaklah megucapkan tahniah kepada saudaranya pada tempat yang munasabah.

5 ) Lazimkan memberi hadiah dalam keadaannya yang sesuai.

6) Berikanlah keutamaan dalam menunaikan hajatnya.

7) Hendaklah memberikan hak-hak ukhuwwah kepadanya. Sama ada hak-hak umum atau hak-hak ukhuwwah yang khusus.

Kesimpulannya, ukhuwwah Islamiyyah yang mantap di kalangan pendokong-pendokong perjuangan Islam merupakan kekuatan dalaman jamaah yang sukar digugat. Melaluinya akan lahirlah pejuang-pejuang yang thabat, istiqomah dan bersedia berkorban untuk kepentingan Islam. Mereka juga ibarat mata rantai yang kukuh bagi jentera yang kecil tetapi mampu menggerakkan beban yang besar.


:::modul tarbiyyah:::

4 August 2011

Buat CAHAYA yang menyinariku...


Kepada insan yang aku sayangi,


Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau.
Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya. Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.


Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)

Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.


Sayangku, si manis.


Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.


Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.
Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. 
Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.


Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!


"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)


Wahai sayang,


Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. 

Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;


"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)


Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." 


 Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.


Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.


Dari,

Insan yang menyayangi dirimu…



:::dany:::

Duhai Hawa

K
au sang hawa penyeri dunia
wajahmu berseri
menampakkan senyuman dirindui
ada juga adam yang jatuh hati
malah ada juga yang memendam dihati
kerana takut untuk meluahkan rasa
yang tersimpan disanubari...


akal hawa nipis senipisnya
lemah bicara bila ada sang penggoda
hati rapuh bak kaca
iman lemah bila tiada kekuatan didada.
bila dugaan datang tiba tiba.
sanggupkah hawa menepiskannya.





sedarilah sang hawa insan istimewa
tercipta hawa dari tulang rusuk adam
bukan untuk dihiasi buat tontonan
bukan disanjung untuk pamerkan
tambah lagi bukan untuk dibanggakan
kerana ada wajah cantik atau rupawan
simpanlah hanya untuk
yang berhak ditontonkan
dimata adam sentiasa
kaum adam memerhati setiap masa
direnung adakah hawa ini boleh
menerajui alam bahteranya
andai sang hawa pandai menjaga diri
pasti ada adam yang menyukai


pastikan yang bergelar penyeri dunia ini
masih ada lagi didunia ni
sang hawa yang pandai menjaga
kehormatan sendiri
begitu juga adam yang sentiasa
mempelajari ilmu untuk bentukkan
bahtera nanti....
jadilah pemimpin yang disegani
dan dihormati sang penyeri...



:::dany:::