9 April 2011

Dia Yang Bergelar Wanita

DIA tidak pernah lupa asal-usul. Katanya, sebagai wanita atau orang yang dilahirkan di luar Amerika, anda harus menjadi lebih pintar daripada orang lain.

“Anda harus bekerja keras untuk berjaya di negara ini. Jika anda mahu mencapai tahap tertinggi dalam sesebuah syarikat, ia hanya boleh menjadi kenyataan di Amerika,” katanya.

Wanita yang senantiasa memakai sari sewaktu menghadiri majlis syarikatnya itu senantiasa teguh dengan prinsip ‘jadilah diri sendiri’. 

Dia yang lahir di Chennai, India ini telah menghabiskan tempoh 23 tahun usianya di tanah tumpah darahnya itu. kendatipun begitu, dia berbangga kerana dengan tempoh tersebut nilai murni yang dipupuk banyak mencaturkan kejayaannya.

Kejayaannya bukan kecil kerana dia, yang bernama Indra K. Nooyi, adalah Ketua Pegawai Eksekutif PepsiCo semenjak 1 Oktober 2006.

.....................................

Dia memegang gelaran antara orang terkaya China. Dengan jumlah kekayaan US$3.4 billion, saudagar kertas ini mengalahkan nama-nama wanita ulung dunia lain seperti Oprah Winfrey (US$1.4 billion) dan J.K.Rowling (US$1 billion).

Dia yang bernama Zhang Yin ini merupakan pemilik Nine Dragons Industries Co. Ltd, syarikat kertas utama China.

.....................................

Dia adalah wanita berketurunan Afrika Amerika yang sangat berpengaruh di dunia. Bekas profesor sains politik di Universiti Stanford ini merupakan pelopor transformasi diplomasi negara-negara Timur Tengah.

Memegang jawatan penting sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat, dia, anak tunggal seorang paderi yang bernama Condoleezza Rice ini, senantiasa diiktiraf sebagai wanita paling berkuasa dunia.

.....................................

Dia merupakan anak kepada tokoh ulung negara. Dia juga dilihat sebagai antara individu yang berpengaruh di Malaysia. Kebolehannya dalam dunia kewangan dan ekonomi telah mengangkatnya sebagai wanita pertama menjawat jawatan Gabenor Bank Negara. 

Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh ini adalah Y.M. Tan Sri Dato´ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz.

.....................................

Alunan Kasih

Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang... 
99 disimpan disisi-Nya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia...
Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...

Jangan menyanyangi seseorang seperti bunga, k
erana bunga mati kala musim berganti...
Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya...

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin...
Inilah dasyatnya cinta ! jangan tafsirkn cinta pada nilai lentuknya sahaja...

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci...
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya...

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela...
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji, dan mencari tanah yg subur itu perlu kpd Ilmu...








6 April 2011

Qasidah Karya Ibnul Qayim : Kecantikan Bidadari Syurga

Wahai orang yang melamar bidadari nan cantik dan ingin berhubungan dengannnya di dalam syurga kehidupan yang hakiki.

Seandainya engkau mengakui siapa wanita yang engkau lamar dan engkau pinang,tentulah engkau akan mengorbankan semua milikmu yang berharga untuk mendapatkannya.
Atau seandainya engkau kenal di mana tempatnya, nescaya engkau akan berusaha untuk mendapatkannya sentiasa berada di depan matamu.

Bersegeralah dan bergegaslah dalam perjalananmu dengan segenap upayamu kerana sesungguhnya kesempatanmu untuk mendapatkannya hanyalah sesaat di masa sekarang.

Rindukanlah dan bisikkanlah ke dalam dirimu untuk berhubungan dengannya dan serahkanlah maharnya selama engkau mempunyai kemampuan.

Jadikanlah ibadat puasamu sebagai kekal untuk berjumpa dengannya nanti di hari berhubungan dengannya pada hari berbukamu dari bulan Ramadhan.
Jadikanlah gambaran kecantikannya sebagai motivasimu dan berjalanlah menuju kekasih tanpa menunda-nuda waktumu.

Kalau begitu, dengarkanlah gambaran kecantikan dan kenikmatan berhubungan dengannya dan jadikanlah perbicaraanmu tentang kecantikannnya.

Wahai orang yang bertawaf sekitar Kaabah,keindahan di sekitarnya terdapat Hajar Aswad dan semua rukun.
Dia sentiasa melakukan sainya seputar di Bukit Safa, sedang tempat berlari kecilnya adalah Lembah Muhasir di setiap melaluinya.
Dia bertujuan untuk mendekati tempat untuk berhubungan dengannya di Mina,namun Masjid Khaif menghalangnya dari mendekati.

Oleh kerana itu,engkau lihat dia selalu dalam ihramnya ,mengingatkan tempat tahalulnya masih jauh.
Dia menginginkan tamattu’ ,padahal dia ifrad dengan cintanya tanpa beban mengharapkan kegenapan dari qirannya.

Akhirnya,dia berada di jamrah melayangkan hatinya,demikinalah ibadat yang dilakukannya di setiap tahun.
Orang-orang telah menunaikan ibadatnya dan mereka telah mempersiapkan kenderaannya untuk berangkat ke negeri masing-masing.

Semangat dan tekad yang kuat telah memotivasi mereka untuk pulang ke tempat tinggal masing-masing kerana merindukan si dia yang cantik jelita.

Dipancangkanlah bagi mereka panji-panji pertemuan sepanjang perjalanannya.
Maka mereka pun menyingsingkan lengan bajunya dan betapa kecewanya orang yang pemalas.

Mereka melihat dari kejauhan khemah-khemah yang menjulang tinggi lagi terang cahaya dan tanda-tandanya.
Maka mereka pun menuju ke khemah-khemah itu merindukan bidadari yang ada di dalamnya, kecantikan mereka tidak pernah pudar.

Mereka selalu menjaga pandangannnya, kecuali hanya pada kekasihnya bebas menatapnya dengan sepuas-puasnya.
Pandangan sang kekasih terpana kagum melihat kecantikan isterinya sehingga pandangan matanya seperti kebingungan.

Ketika dia menyasikan kecantikan isterinya,dia berdedup lalu berkata : Maha Suci Tuhan yang telah menganugerahkan  kecantikan dan kebaikan ini.
Pandangan matanya meneguk gelas kecantikannnya, sehingga kau lihat ia bagaikan orang yang mabuk kerana minuman keras.

Benar-benar sempurna kecantikan rupa dan kebaikan akhlaknya ,bak rembulan di malam ke-14.
Matahari seakan-akan beredar pada kecantikan wajahnya dan waktu malam seakan-akan berda di bawah hujung rambutnya yang hitam pekat.
Dia tenggelam dalam kekagumannya kerana kepekatan warna rambutnya bak malam yang gelap dan cahaya rona mukanya bak matahari.

Entah kenapa keduanya dapat dipadukan.

Dia hanya dapat mengatakan :Maha Suci Tuhan yang begitu rapi dalam menciptakan rupa manusia.

Waktu malam tidak dapat mendahului mataharinya sehingga menjadi tenggelam dengan kedatangannya hingga waktu pagi yang berikutnya.
Matahari pun tidak dapat mendahului hingga mengusir malam, melainkan keduanya serentak bagaikan dua saudara kembar.

Masing-masing dari keduanya bagaikan cermin bagi  yang lainnya jika keduanya hendak melihat wajah dirinya ,dapat dilakukannnya.

Dia dapat melihat ketampanan  wajahnya pada wajah kekasihnya dan kekasih pun dapat melihat kecantikan dirinya dengan jelas.

2 April 2011

Pembukaan Khutbah


>>>khas buat Muslimin yang tidak pernah ‘miss’ solat Jumaat namun tidak memahami apa yang 
      dibaca khatib dalam pembukaan khutbahnya (yang dibaca dalam bahasa Arab).


Maksudnya: Segala puji bagi Allah.Kami memuji,memohon pertolongan dan ampunan daripada-Nya.Kami berlindung dengan-Nyadari kejahatan diri kami dan perbuatan jahat kami.Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah,tidak ada yang dapat menyesatkan dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.Kami bersaksi,tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya yang diutus dengan kebenaran sebagai pemberi berita gembira dan pemberi peringatan sebelum hari Kiamat tiba.Siapa yang mentaati Allahdan rasul-Nya,dia mengikuti jalan lurus ,dan siapa yang menderhakai keduanya,dia sesat.Kami memohon kepada Tuhan kami,agar menjadikan kami termasuk orang yang mentaati-Nya dan mentaati rasul-Nya mengikut keredhaan-Nya dan menghindari hal-hal yang dibenci-Nya.Sesungguhnya kami dari-Nya dan menjadi milik-Nya. 


***teks khutbah Rasulullah SAW                                                                      (Marasil Abu Daud)