6 April 2011

Qasidah Karya Ibnul Qayim : Kecantikan Bidadari Syurga

Wahai orang yang melamar bidadari nan cantik dan ingin berhubungan dengannnya di dalam syurga kehidupan yang hakiki.

Seandainya engkau mengakui siapa wanita yang engkau lamar dan engkau pinang,tentulah engkau akan mengorbankan semua milikmu yang berharga untuk mendapatkannya.
Atau seandainya engkau kenal di mana tempatnya, nescaya engkau akan berusaha untuk mendapatkannya sentiasa berada di depan matamu.

Bersegeralah dan bergegaslah dalam perjalananmu dengan segenap upayamu kerana sesungguhnya kesempatanmu untuk mendapatkannya hanyalah sesaat di masa sekarang.

Rindukanlah dan bisikkanlah ke dalam dirimu untuk berhubungan dengannya dan serahkanlah maharnya selama engkau mempunyai kemampuan.

Jadikanlah ibadat puasamu sebagai kekal untuk berjumpa dengannya nanti di hari berhubungan dengannya pada hari berbukamu dari bulan Ramadhan.
Jadikanlah gambaran kecantikannya sebagai motivasimu dan berjalanlah menuju kekasih tanpa menunda-nuda waktumu.

Kalau begitu, dengarkanlah gambaran kecantikan dan kenikmatan berhubungan dengannya dan jadikanlah perbicaraanmu tentang kecantikannnya.

Wahai orang yang bertawaf sekitar Kaabah,keindahan di sekitarnya terdapat Hajar Aswad dan semua rukun.
Dia sentiasa melakukan sainya seputar di Bukit Safa, sedang tempat berlari kecilnya adalah Lembah Muhasir di setiap melaluinya.
Dia bertujuan untuk mendekati tempat untuk berhubungan dengannya di Mina,namun Masjid Khaif menghalangnya dari mendekati.

Oleh kerana itu,engkau lihat dia selalu dalam ihramnya ,mengingatkan tempat tahalulnya masih jauh.
Dia menginginkan tamattu’ ,padahal dia ifrad dengan cintanya tanpa beban mengharapkan kegenapan dari qirannya.

Akhirnya,dia berada di jamrah melayangkan hatinya,demikinalah ibadat yang dilakukannya di setiap tahun.
Orang-orang telah menunaikan ibadatnya dan mereka telah mempersiapkan kenderaannya untuk berangkat ke negeri masing-masing.

Semangat dan tekad yang kuat telah memotivasi mereka untuk pulang ke tempat tinggal masing-masing kerana merindukan si dia yang cantik jelita.

Dipancangkanlah bagi mereka panji-panji pertemuan sepanjang perjalanannya.
Maka mereka pun menyingsingkan lengan bajunya dan betapa kecewanya orang yang pemalas.

Mereka melihat dari kejauhan khemah-khemah yang menjulang tinggi lagi terang cahaya dan tanda-tandanya.
Maka mereka pun menuju ke khemah-khemah itu merindukan bidadari yang ada di dalamnya, kecantikan mereka tidak pernah pudar.

Mereka selalu menjaga pandangannnya, kecuali hanya pada kekasihnya bebas menatapnya dengan sepuas-puasnya.
Pandangan sang kekasih terpana kagum melihat kecantikan isterinya sehingga pandangan matanya seperti kebingungan.

Ketika dia menyasikan kecantikan isterinya,dia berdedup lalu berkata : Maha Suci Tuhan yang telah menganugerahkan  kecantikan dan kebaikan ini.
Pandangan matanya meneguk gelas kecantikannnya, sehingga kau lihat ia bagaikan orang yang mabuk kerana minuman keras.

Benar-benar sempurna kecantikan rupa dan kebaikan akhlaknya ,bak rembulan di malam ke-14.
Matahari seakan-akan beredar pada kecantikan wajahnya dan waktu malam seakan-akan berda di bawah hujung rambutnya yang hitam pekat.
Dia tenggelam dalam kekagumannya kerana kepekatan warna rambutnya bak malam yang gelap dan cahaya rona mukanya bak matahari.

Entah kenapa keduanya dapat dipadukan.

Dia hanya dapat mengatakan :Maha Suci Tuhan yang begitu rapi dalam menciptakan rupa manusia.

Waktu malam tidak dapat mendahului mataharinya sehingga menjadi tenggelam dengan kedatangannya hingga waktu pagi yang berikutnya.
Matahari pun tidak dapat mendahului hingga mengusir malam, melainkan keduanya serentak bagaikan dua saudara kembar.

Masing-masing dari keduanya bagaikan cermin bagi  yang lainnya jika keduanya hendak melihat wajah dirinya ,dapat dilakukannnya.

Dia dapat melihat ketampanan  wajahnya pada wajah kekasihnya dan kekasih pun dapat melihat kecantikan dirinya dengan jelas.


Pipinya putih kemerah-merahan, giginya jernih bak mutiara, hitam bola matanya dan lentik bulu matanya.
Seakan-akan ada kilauan cahaya kilat mana kala dia tersenyum, sehingga menerangi atas gedung berikut semua temboknya.

Terlihat segar kedua bahunya kerana keremajaanya, bagaikan sebuah pohon yang semua dahannya dibasahi oleh air yang mengalir.

Air yang memancarkan kenikmatan mengalir pada semua dahannnya maka buahnya pun tumbuh sangat banyak lagi beragam warnanya.
Penuh dengan bunga-bungaan ,buah epah, buah delima pada tangkai pepohonnya yang tinggi memenuhi taman.

Badan tubuhnya tegak lurus bagaikan pokok pohon yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu pendek.
Tumbuh di taman yang subur bagaikan gading yang engkau kira tompokan pasir atau longgokan tanah.

Sedang buah dadanya tidak menonjol ke atas dan tidak pula menurun sehingga dekat dengan perutnya.
Akan tetapi buah dadanya menonjol kenyal bak buah delima yang ranum.

Lehernya yang jenjang lagi putih mulus begitu serasi tanpa ada yang mengingkari kecantikannya.
Kalung yang dikenakannya mengeluh kerana kalah indah dan cantiknya dengan leher yang dihiasinya.

Begitu juga dengan kedua pergelangan tangannya ,jika engkau serupakan gambarannya, mirip dengan dua keping emas yang dihiasi dengan kedua tapak tangannya.

Tapak tangannya begitu lembut seperti mentega, sedangkan warna kulitnya begitu putih bak mutiara di dalam kerangnya.

Perutnya kecil dengan pinggang yang ramping begitu memikat dan sangat cantik.
Pusat yang ada di perutnya begitu indah menghiasi perutnya lagi terbebas dari benjolan kerana ia masuk ke dalam.

Sedangkan bahagian tengah pusatnya yang bulat berisikan biji minyak kasturi yang sangat harum
.
Maha Agung Tuhan Yang mempunyai kerapian dalam ciptaan-Nya.

Apabila engkau lihat ke bawah, tentulah engkau akan melihat kecantikannya yang luar biasa sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Dia tidak pernah berhaid, tidak pernah buang air dan tidak pula seperti keadaan yang selalu dialami oleh wanita dunia.

Kedua betisnya sentiasa menerima suaminya dengan senang bagaikan penjaganya sehingga dirinya merasa dihormati dan dipelihara.
Keduanya selalu melayaninya, dialah yang menjadi penguasa keduanya dan sudah semestinyalah bagi keduanya mentaati penguasanya.

Dialah satu-satunya orang yang ditaatinya apabila suami yang tercinta menginginkannya , ia memenuhi keinginan dengan patuh tanpa ragu.
Bersetubuh dengannya adalah ubat penawar kerinduannya.

Namun kerinduannnya tidak ada keluhan kerana semua keinginannya dipenuhi.
Apabila dia telah mengggauli isteri nan cantik itu, maka bidadari pun kembali menjadi seperti gadis semula, demikian selamanya.

Memang seleranya hanya bersetubuh dengannya kerana menyetubuhinya  merupakan hal yang paling nikmat.
Demikian yang telah dikatakan oleh Rasulullah SAW bagi orang yang mahu mendengarkannya.

Ya Tuhanku, ampunilah kami bila pena ini melampaui batas dalam mengungkapkannya.

Ya Tuhanku, maafkanlah daku bila berbuat melampaui batas.

Kedua tapak kakinya seputih warna perak, sedangkan di bahagian atasnya terdapat kedua betisnya nan cantik.

Kedua betisnya yang kuning langsat dan sumsum tulang belakang betisnya terlihat oleh mata dari luarnya.
Bau tubuhnya begitu harum bak kasturi, tubuhnya begitu mulus lagi lembut, sedang warnanya putih kemerah-merahan bagaikan batu permata dan manik.

Tutur katanya begitu memikat hati dengan suara yang lebih merdu daripada suara petikan dawai dan gambus.
Bentuk rupa dan kemanjaannya seperti wanita Arab, setiap saat dia sentiasa mencintai suaminya.

Usia mereka seusia seorang wanita yang berada di puncak usia mudanya dan lagi sangat cantik.

Dia adalah wanita yang masih gadis, tiada yag merobek selaput daranya selain suaminya yang tercinta, baik dari kalangan manusia mahupun jin.

Seorang lelaki penghuni syurga dianugerahi kekuatan menggauli 100 orang bidadari.
Dan sesungguhnya telah sampai kepada kami suatu berita yang menyebutkan bahawa seseorang penghuni syurga disetiap harinya menyetubuhi 100 orang bidadari.
Semua perawi yang meriwayatkannya darinya dengan syarat sahih.Demikianlah apa yang disebutkan dalam Mu’jam Tabrani.

Dengan demikian, kesibukkan mereka hanyalah menyetubuhi isteri-isteri mereka seperti yang disebutkan dalam Yassin, sesudah surah Faathir wahai saudara yang berpengetahuan.
Ini merupakan bukti yang menunjukkan bahawa jumlah bidadari yang mereka miliki berbeza-beza sesuai dengan perbezaan iman mereka.

Dengan demikian,lenyaplah semua kesulitan yang terdapat dalam nas-nas yang menerangkannya berkat kurnia Tuhan Yang Maha Pemura.
Sebahagian dari mereka ada yang dikurniakan 100 orang isteri dan sebahagian yang lainnya ada yang dikurniakan 72 orang isteri.

Perbezaan banyaknya jumlah isteri sama dengan perbezaan darjat masing-masing.
Kedua-duanya merupakan perkara yang jelas perbezaannnya dan dengan kekuatan melayani 100 orang isteri yang dianugerahkan kepadanya tanpa menolak, menjadi jelaslah duduk perkaranya bila bila dia diberi 100 orang isteri.

Dan orang yang paling memelihara kesucian dirinya di dunia, kelak di syurga adalah orang yang paling kuat, berkat kezuhudannya di alam yang fana.

Maka himpunkanlah semua kekuatanmu untuk di sana.

Tundukkanlah pandangan matamu dan bersabarlah kerana hanya dalam waktu yang sementara.
Demi Allah, semua kenikmatan di dunia ini tidak dapat menyamai kenikmatan seorang bidadari di alam sana barang seketul pun.

Tudungnya sahaja lebih baik dari dunia dan semua isinya bila dapat dikira dengan harga.
Janganlah engkau mengutamakan sesuatu yang rendah atas sesuatu yang tinggi.
Jika engkau melakukannya, nescaya engaku akan beroleh kehinaan dan kerendahan.

Apabila sang bidadari kelihatan dengan pakaian yang dikenakannya, lalu ia berjalan maka langkahnya yang lemah-lembut akan membuat orang mabuk kepayang mereka yang memandangnya.

Meliuk-lentuk bak dahan basah yang tertiup angin, di tangkainya terdapat bunga mawar, buah epal dan buah delima yang segar lagi ranum.
Dengan langkah yang angkuh dan layaklah baginya bersikap demikian kerana berada di dalam syurga yang diredhai dan para pelayan mengelilinginya dari arah belakang.
Dari arah depan, dari arah kiri dan dari arah kanannya.

Dia bagaikan bulan di malam purnama dalam kegelapan malam diliputi oleh bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya.

Membuat lisan suaminya, hati dan pandangan matanya kagum terpana seraya mengucapkan tasbih.Lisannnya mengucapkan tasbih setiap kali dia muncul.

Maka Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung.Sedangkan hatinya sebelum bersanding dengan si kekasih sudah sangat bahagia lebih-lebih lagi sesudah bersanding dengannya.

Maka dua kebahagiaan berpadu menjadi satu.Manakala si isteri berhadapan dengannya ,bersandinglah mereka berdua bagaikan pinang di belah dua.

Maka tanyakanlah kepada orang yang mabuk cinta, apakah dia dapat bersabar untuk tidak memeluk dan mencium kekasihnya atau melakukan keduanya?

Tanyakanlah kepada orang yang mabuk cinta, ditinggalkan di lembah manakah kesabarannya atau di buang ke manakah kesabarannya.

Tanyakanlah kepada orang yang mabuk cinta,bagaimanakah keadaannya?
Sedangkan kedua telinga dan kedua matanya telah puas dengan kekasih yang dicintainya.
Kata-kata rayuannya yang begitu lembut mempesona dan pancaran wajahnya nan cantik lagi bersinar-sinar bak matahari.

Dan tanyakanlah kepada orang yang mabuk cinta,bagaimanakah kehidupannya bila dia hanya berduaan dengan kekasihnya di tempat pembaringannya?
Sementara butir-butir mutiara bertebaran jatuh dari tubuhnya bagaikan untaian kalung permata.

Tanyakanlah kepada orang yang mabuk cinta, bagaimanakah keadaanya bila sedang duduk berduaan dengan kekasihnya dalam suasana yang senang dan penuh kasih sayang.
Sementara gelas-gelas yang berisikan arak syurga diedarkan kepada keduanya melalui pelayan-pelayan syurga yang tampan-tampan.

Keduanya silih berganti meneguk gelas-gelas tersebut sambil menyandarkan tubuhnya satu sama lain.
Dia memeluk kekasihnya dan si kekasih membalas pelukannya.

Tidakkah engkau lihat dua orang yang sedang mabuk cinta baru bertemu sesudah lama tidak berjumpa.
Sedangkan pengawas tidak ada dan semua hambatan telah lenyap, lalu keduanya berpelukan dengan eratnya menjadi satu.

Apakah engkau lihat keduanya mengeluh dalam kehidupan seperti ini?
Tidak,demi Tuhanmu keduanya sama sekali tidak akan mengeluh.

Wahai orang yang mabuk rindu, betapa hina dirinya kerana telah menukarkan dengan sesuatu yang tiada harganya, betapa ruginya dia.

Bagaimana menurutmu, berakalkah orang yang menjual hal yang kekal seperti yang telah disebutkan gambarannya dengan perkara yang fana…? 









:::dany:::

No comments:

Post a Comment