27 March 2011

Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung



***segala apa yang tercatat di bawah ini sebenarnya adalah perkongsian saya sedikit sebanyak selepas menghadiri forum “Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung” yang diadakan di UiTM Shah Alam.Panel jemputan bagi forum tersebut ialah Uztaz Sarip Adul,Pensyarah Pusat Perantaraan Ilmu & Bahasa,Universiti Malaysia Sabah(http://www.saripadul.com/) dan Puan Fatimah Syarha,penulis & pendakwah(http://www.facebook.com/pages/Fatimah-Syarha/133106220077694).Tiada tujuan lain di hati selain niat untuk berkongsi ilmu sesama kita dengan harapan mudah-mudahan diberkatiNya dunia akhirat insyaAllah…



Susun berlapis indahnya kata,
Kata disulam menambat hatinya;
Teruna dara melakar cerita,
Hubungan terjalin pada Penciptanya…


MasyaAllah…

Betapa indahnya nikmat Cinta yang dikurniakan Allah kepada kita hambanya yang secara fitrah turut dilahirkan di atas muka bumi ini juga atas dasar Cinta…Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya namun ruang dan kesempatan ini juga adalah nikmat Dia…rugi kan kalau kita tak manfaatkan sebaiknya.Silakan sahabat-sahabat…ayuh ekspresikan diri anda!!!



Mudah disebut tetapi tidak ramai yang mampu merasai erti Cinta yang sebenarnya…mungkin juga anda masih tercari-cari Cinta sejati…mungkin juga sudah mengecap ‘nikmat’ yang diidam namun tidak berkekalan.Wahai anak muda…fikirlah!!!Saya sendiri tidak terlepas dari mengalami situasi yang sama…lewat usia sebegini(berape agaknya eh..jeng3) memang sukar untuk dinafikan wujudnya suatu perasaan yang amat sukar diungkap.Its weird when we are totally out of control some parts of our own body…or maybe you need someone to reveal it just because you don’t know hows the way…???Let me tell you…



Secara fitrahnya manusia amat mudah tertarik kepada apa yang tidak dimilikinya…(tidak termasuk golongan yang sudah songsang ye…)Tambahan pada si jelita mahupun si tampan…dek kurniaan Tuhan yang Maha Memberi pandang kanan saja ada yang menjeling…pandang kiri pula ada yang menyapa(mungkin anda bukan orangnya…harap maaf ye).Malah ada yang bersilih ganti pasangannya semata-mata ingin memenuhi kemahuan diri.Fikirlah sahabat…kemahuan diri yang tidak berlandaskan syariat itu NAFSU!!!



“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan,supaya kamu mengingati(kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami”(Surah adz-Dzaariyaat : 49)



Cinta itu sendiri adalah fitrah manusia…sebuah rasa yang dimiliki oleh hati…namun AWAS sahabat!!!Cinta bisa sahaja menjadi anugerah Sang Pencipta pada hambaNya supaya Dia terus diingati…disalurkan terus-menerus dari qalbu lalu diluahkan melalui amal kebaikan si pelaku…bisa juga menjadi fitnah duniawi …tatkala diri leka dengan permainan dah khayalan sementara…manakah pilihan sahabat???



Cinta + Syariat = Anugerah          @          Cinta + Nafsu = Fitnah



Apa itu Cinta…???Jika definisi yang anda mahu silakan buka ‘tab’ baru lantas taip sahaja perkataan itu.Mudah kan…?tapi bukan itu yang kita cari sahabat-sahabat ku.Telah menjadi isu zaman-berzaman…lebih berjuta tafsiran dibuat…dari ahli fikir di Barat hinggalah ke penyair di Timur.Terus sahaja kita mencari maknanya sambil yang sudah terlanjur mentafsir makin hanyut dibawa arus cinta plastik…


Kebiasaannya bagi manusia semakin cantik perhiasan yang dikenakan pada diri semakin cantiklah penampilan insan tersebut…ketahuilah sebagai seorang muslim yang beriman perhiasan kita adalah MALU…manakala pakaian yang paling cantik untuk kita adalah TAQWA…nilailah diri kita sekarang!Anada rasa anda cantik…atau amat tampan.Ingat bahawa ada yang lebih cantik dan tampan dari kita…jadi lebihnya kita di mana…???Malu & Taqwa…sahabat rasa malu tak apabila solat di lewat waktu…malu tak apabila memandang aurat-aurat orang lain…malu tak apabila mulut mengaku beriman tapi masih saja curang pada Dia…cantikkah/tampankah anda kalau rendahnya rasa malu dalam diri…???


Sahabatku yang diredhai Allah SWT…


Saya mahu anda berfikir…bersediakah anda pada KOMITMEN…???Prinsip asas yang perlu ada dalam percintaan dan perhubungan idaman adalah kefahaman anda terhadap komitmen masing-masing setelah siap untuk membuka langkah menjalani hidup berpasangan.Jadi tanyalah diri anda sekarang…apa yang saya faham tentang hidup berdua…???Nawaitu anda biarlah betul…In Love we should have our own ‘Locus of Control’…and as a muslim our locus is hukum Allah.



Anda perlu faham bahawa hukum asal perhubungan antara lelaki dengan perempuan adalah HARAM…namun apabila tiba pada urusan muamalat atau keperluan tertentu seperti bantuan kecemasan hukumnya bertukar HARUS.Anda jangan salah faham ye…Dia bukan hendak menyusahkan kita tapi kita ini mudah saja menzalimi diri sendiri(jangan salahkan orang lain bila sudah terdesak k…)…maka hukumNya lah panduan terbaik untuk kita semua.



Tapi…bagaimana pula dengan kami…???Kami ‘cinta islamic’ tuan…kami tak macam kapel-kapel(pasangan) yang lain…kami saling bercinta kerana Allah…!!!tak boleh juga ke tuan...







Segala pujian buat Dia pemilik segala hati...


"Cinta Islami" yang cuba dibangkitkan sesetengah pihak kadang kala menggugat pegangan iman di dada masing-masing.Orang utara kata "sat dengaq kata boleh ja ada marka/balak ni...sat dengaq kata tak boleh pulak dah..haihhh"...Ketahuilah sahabat-sahabat bahawa Islam tidak pernah melarang penganutnya dari berkasih sayang sesama mereka.Sayang pada Allah..sayang pada Rasul-rasul..sayang pada ibu bapa dan keluarga kita..sayang pada kebaikan..sayang pada haiwan..sayanglah kita pada semua ciptaanNya kerana setiap apa yang dicipta tidak lain hanya untuk menguji kita (bab ujian Dia ni nanti kita sembang lain nohh).Isunya sekarang...bagaimana pula dengan kes cinta sayang berlainan jantina...???Antara lelaki dengan perempuan ajnabi...'merpati dua sejoli' yang berkeliaran bebas berterbangan di sekeliling kita hari ini.Firman Allah SWT yang bermaksud:



“Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain , dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An-Nisa : 1)





Anda nampak kan...!Sudah digariskan kepada kita umat Muhammad supaya saling berhubungan atas nama Allah Yang Maha Esa.Jadi jelaslah di sini bahawa konsep 'Cinta Islami' yang cuba diketengahkan sebenarnya terletak pada asas hubungan itu sendiri.Apa yang menjadi dasar perkenalan anda dengan pasangan...di mana dan bagaimana anda boleh bertemu dan seterusnya saling berkenalan...?



Sahabat-sahabatku...



Janganlah berasa rendah diri jika masih berstatus 'single'...even those 'in relationship' you should not be so proud.Lets make it clear ye...tidak kira apa pun status kita ; Suami isteri..tunangan..pacaran..mr.lonely or anything else,yang paling penting adalah pengisian dalam sesebuah perhubungan tersebut.Contoh,bisa sahaja kita mempunyai ikatan suami isteri degan pasangan tetapi pengisiannya tiada beza langsung dengan orang yang hidup membujang.Masing-masing dengan hal sendiri...ape kes...!



Cinta bukan terletak pada nama...tetapi Cinta terletak pada pengisiannya.Hakikat yang berlaku dalam sesebuah perhubungan itu yang menentukan sejauh mana tahap kasih sayang kita pada si dia...letaklah cinta itu hanya pada tahap yang perlu sesuai dengan pertalian anda...sandarkan cinta pada batas-batas syariat...hidupkan hubungan dengan rasa rindu untuk kekal bahagia selamanya di sana nanti.Tekadkan jiwa anda supaya ikhlas mengasihi hanya kerana Dia...sedangkan Allah yang berhak dicintai.Cemburulah Dia jika kita letakkan cinta itu pada yang bukan sepatutnya...



Miliki jiwa yang punya rasa berTuhan...maka setiap tingkah kita nanti tidak lain hanya akan kembali pada fitrah yang perlukan Dia dalam segenap urusan.Insan yang miliki jiwa tersebut mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar...pertimbangan wajar yang dimaksudkan adalah pertimbangan berdasarkan ilmu-ilmu al-Quran & as-Sunnah.Keduanya tidak pernah membenarkan kita bawa anak dara orang ke hulu ke hilir sesuka hati kita sahaja ye cik abang...si anak dara tersebut pula janganlah ikutkan sahaja kata buah hati anda itu...kan lebih molek jika kita ikut kata Allah & Rasul-Nya...lebih cantik,lebih sopan dipandang,lebih diredhailah kalian....wallahualam






Sedikit nasihat dan bimbingan:



Puan Fatimah Syarha(buat muslimat)


  • berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang solehah kerana setiap kesungguhan dan niat usaha yang anda lakukan akan mendapat naungan redha-Nya.
  • berusaha juga untuk tidak menjadi perempuan yang 'gedik' atau cepat menyerah.Limpah rahmat-Nya tidak akan putus malah akan berterusan jika kita tetap dijalan yang benar.
  • Islam tidak melarang kita dari berkasih-sayang namun perlu disulami dengan batas syariat.Gunakanlah perantaraan apabila berhubung bagi mengelakkan fitnah dan godaan syaitan yang menyesatkan.
  • bagi yang sudah memiliki pasangan(couple),eloklah jika anda kembali pada permulaannya.Kenali dasar perhubungan tersebut dan muliakanlah hak wali.Kuarantinkan nafsu anda dan mula bertindak untuk membina rumah tangga yang diidamkan.
  • berhati-hati dalam memasang langkah dan mengatur bicara.tingkah laku dan kata-kata anda bisa sahaja membuat seorang lelaki tergoda dan menaikkah nafsu syahwatnya.
  • yakinkan ibu bapa untuk berkahwin awal bagi mengelakkan terus melakukan maksiat dan seterusnya menyalurka kasinh sayang pada jala yang dihalalkan.



Uztaz Sarip Adul


Sesebuah rumah tangga itu memiliki kuasanya yang tersendiri.Firman Allah yang bermaksud:



"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"(Surah An-Nur 24:32)



Perbaikilah diri masing-masing terlebih dahulu sebelum memasang sebarang hasrat untuk menjalin hubungan antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi.Mula bertindak,bertutur dan berfikir secara matang tanpa dipengaruhi elemen-elemen yang bisa menggugat keimanan dan pegangan hidup anda.Urus diri dengan sebaiknya dengan menjaga iman,akhlak,adab serta kemahiran-kemahiran tertentu sebelum hendak bertanggungjawab terhadap hidup pasangan.



Sahabat-sahabatku...sebenarnya di sebalik lafaz "aku terima nikahnya..."  itu terletak kalimah I LOVE YOU yang sejati...Ya Allah...Kau hindarilah kami dari perbuatan maksiat terhadapMu...satukanlah kami bersama di dalam mahligai yang diidamkan...hanya padaMu kami berserah segalanya...aminn...^_^






:::dany:::






No comments:

Post a Comment