***segala apa yang tercatat di bawah ini sebenarnya adalah perkongsian saya sedikit sebanyak selepas menghadiri forum “Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung” yang diadakan di UiTM Shah Alam.Panel jemputan bagi forum tersebut ialah Uztaz Sarip Adul,Pensyarah Pusat Perantaraan Ilmu & Bahasa,Universiti Malaysia Sabah(http://www.saripadul.com/) dan Puan Fatimah Syarha,penulis & pendakwah(http://www.facebook.com/pages/Fatimah-Syarha/133106220077694).Tiada tujuan lain di hati selain niat untuk berkongsi ilmu sesama kita dengan harapan mudah-mudahan diberkatiNya dunia akhirat insyaAllah…
Susun berlapis indahnya kata,
Kata disulam menambat hatinya;
Teruna dara melakar cerita,
Hubungan terjalin pada Penciptanya…
MasyaAllah…
Betapa indahnya nikmat Cinta yang dikurniakan Allah kepada kita hambanya yang secara fitrah turut dilahirkan di atas muka bumi ini juga atas dasar Cinta…Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya namun ruang dan kesempatan ini juga adalah nikmat Dia…rugi kan kalau kita tak manfaatkan sebaiknya.Silakan sahabat-sahabat…ayuh ekspresikan diri anda!!!
Mudah disebut tetapi tidak ramai yang mampu merasai erti Cinta yang sebenarnya…mungkin juga anda masih tercari-cari Cinta sejati…mungkin juga sudah mengecap ‘nikmat’ yang diidam namun tidak berkekalan.Wahai anak muda…fikirlah!!!Saya sendiri tidak terlepas dari mengalami situasi yang sama…lewat usia sebegini(berape agaknya eh..jeng3) memang sukar untuk dinafikan wujudnya suatu perasaan yang amat sukar diungkap.Its weird when we are totally out of control some parts of our own body…or maybe you need someone to reveal it just because you don’t know hows the way…???Let me tell you…
Secara fitrahnya manusia amat mudah tertarik kepada apa yang tidak dimilikinya…(tidak termasuk golongan yang sudah songsang ye…)Tambahan pada si jelita mahupun si tampan…dek kurniaan Tuhan yang Maha Memberi pandang kanan saja ada yang menjeling…pandang kiri pula ada yang menyapa(mungkin anda bukan orangnya…harap maaf ye).Malah ada yang bersilih ganti pasangannya semata-mata ingin memenuhi kemahuan diri.Fikirlah sahabat…kemahuan diri yang tidak berlandaskan syariat itu NAFSU!!!
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan,supaya kamu mengingati(kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami”(Surah adz-Dzaariyaat : 49)
Cinta itu sendiri adalah fitrah manusia…sebuah rasa yang dimiliki oleh hati…namun AWAS sahabat!!!Cinta bisa sahaja menjadi anugerah Sang Pencipta pada hambaNya supaya Dia terus diingati…disalurkan terus-menerus dari qalbu lalu diluahkan melalui amal kebaikan si pelaku…bisa juga menjadi fitnah duniawi …tatkala diri leka dengan permainan dah khayalan sementara…manakah pilihan sahabat???
Cinta + Syariat = Anugerah @ Cinta + Nafsu = Fitnah
Apa itu Cinta…???Jika definisi yang anda mahu silakan buka ‘tab’ baru lantas taip sahaja perkataan itu.Mudah kan…?tapi bukan itu yang kita cari sahabat-sahabat ku.Telah menjadi isu zaman-berzaman…lebih berjuta tafsiran dibuat…dari ahli fikir di Barat hinggalah ke penyair di Timur.Terus sahaja kita mencari maknanya sambil yang sudah terlanjur mentafsir makin hanyut dibawa arus cinta plastik…
Kebiasaannya bagi manusia semakin cantik perhiasan yang dikenakan pada diri semakin cantiklah penampilan insan tersebut…ketahuilah sebagai seorang muslim yang beriman perhiasan kita adalah MALU…manakala pakaian yang paling cantik untuk kita adalah TAQWA…nilailah diri kita sekarang!Anada rasa anda cantik…atau amat tampan.Ingat bahawa ada yang lebih cantik dan tampan dari kita…jadi lebihnya kita di mana…???Malu & Taqwa…sahabat rasa malu tak apabila solat di lewat waktu…malu tak apabila memandang aurat-aurat orang lain…malu tak apabila mulut mengaku beriman tapi masih saja curang pada Dia…cantikkah/tampankah anda kalau rendahnya rasa malu dalam diri…???
Sahabatku yang diredhai Allah SWT…
Saya mahu anda berfikir…bersediakah anda pada KOMITMEN…???Prinsip asas yang perlu ada dalam percintaan dan perhubungan idaman adalah kefahaman anda terhadap komitmen masing-masing setelah siap untuk membuka langkah menjalani hidup berpasangan.Jadi tanyalah diri anda sekarang…apa yang saya faham tentang hidup berdua…???Nawaitu anda biarlah betul…In Love we should have our own ‘Locus of Control’…and as a muslim our locus is hukum Allah.
Anda perlu faham bahawa hukum asal perhubungan antara lelaki dengan perempuan adalah HARAM…namun apabila tiba pada urusan muamalat atau keperluan tertentu seperti bantuan kecemasan hukumnya bertukar HARUS.Anda jangan salah faham ye…Dia bukan hendak menyusahkan kita tapi kita ini mudah saja menzalimi diri sendiri(jangan salahkan orang lain bila sudah terdesak k…)…maka hukumNya lah panduan terbaik untuk kita semua.
Tapi…bagaimana pula dengan kami…???Kami ‘cinta islamic’ tuan…kami tak macam kapel-kapel(pasangan) yang lain…kami saling bercinta kerana Allah…!!!tak boleh juga ke tuan...