27 March 2011

Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung



***segala apa yang tercatat di bawah ini sebenarnya adalah perkongsian saya sedikit sebanyak selepas menghadiri forum “Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung” yang diadakan di UiTM Shah Alam.Panel jemputan bagi forum tersebut ialah Uztaz Sarip Adul,Pensyarah Pusat Perantaraan Ilmu & Bahasa,Universiti Malaysia Sabah(http://www.saripadul.com/) dan Puan Fatimah Syarha,penulis & pendakwah(http://www.facebook.com/pages/Fatimah-Syarha/133106220077694).Tiada tujuan lain di hati selain niat untuk berkongsi ilmu sesama kita dengan harapan mudah-mudahan diberkatiNya dunia akhirat insyaAllah…



Susun berlapis indahnya kata,
Kata disulam menambat hatinya;
Teruna dara melakar cerita,
Hubungan terjalin pada Penciptanya…


MasyaAllah…

Betapa indahnya nikmat Cinta yang dikurniakan Allah kepada kita hambanya yang secara fitrah turut dilahirkan di atas muka bumi ini juga atas dasar Cinta…Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya namun ruang dan kesempatan ini juga adalah nikmat Dia…rugi kan kalau kita tak manfaatkan sebaiknya.Silakan sahabat-sahabat…ayuh ekspresikan diri anda!!!



Mudah disebut tetapi tidak ramai yang mampu merasai erti Cinta yang sebenarnya…mungkin juga anda masih tercari-cari Cinta sejati…mungkin juga sudah mengecap ‘nikmat’ yang diidam namun tidak berkekalan.Wahai anak muda…fikirlah!!!Saya sendiri tidak terlepas dari mengalami situasi yang sama…lewat usia sebegini(berape agaknya eh..jeng3) memang sukar untuk dinafikan wujudnya suatu perasaan yang amat sukar diungkap.Its weird when we are totally out of control some parts of our own body…or maybe you need someone to reveal it just because you don’t know hows the way…???Let me tell you…



Secara fitrahnya manusia amat mudah tertarik kepada apa yang tidak dimilikinya…(tidak termasuk golongan yang sudah songsang ye…)Tambahan pada si jelita mahupun si tampan…dek kurniaan Tuhan yang Maha Memberi pandang kanan saja ada yang menjeling…pandang kiri pula ada yang menyapa(mungkin anda bukan orangnya…harap maaf ye).Malah ada yang bersilih ganti pasangannya semata-mata ingin memenuhi kemahuan diri.Fikirlah sahabat…kemahuan diri yang tidak berlandaskan syariat itu NAFSU!!!



“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan,supaya kamu mengingati(kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami”(Surah adz-Dzaariyaat : 49)



Cinta itu sendiri adalah fitrah manusia…sebuah rasa yang dimiliki oleh hati…namun AWAS sahabat!!!Cinta bisa sahaja menjadi anugerah Sang Pencipta pada hambaNya supaya Dia terus diingati…disalurkan terus-menerus dari qalbu lalu diluahkan melalui amal kebaikan si pelaku…bisa juga menjadi fitnah duniawi …tatkala diri leka dengan permainan dah khayalan sementara…manakah pilihan sahabat???



Cinta + Syariat = Anugerah          @          Cinta + Nafsu = Fitnah



Apa itu Cinta…???Jika definisi yang anda mahu silakan buka ‘tab’ baru lantas taip sahaja perkataan itu.Mudah kan…?tapi bukan itu yang kita cari sahabat-sahabat ku.Telah menjadi isu zaman-berzaman…lebih berjuta tafsiran dibuat…dari ahli fikir di Barat hinggalah ke penyair di Timur.Terus sahaja kita mencari maknanya sambil yang sudah terlanjur mentafsir makin hanyut dibawa arus cinta plastik…


Kebiasaannya bagi manusia semakin cantik perhiasan yang dikenakan pada diri semakin cantiklah penampilan insan tersebut…ketahuilah sebagai seorang muslim yang beriman perhiasan kita adalah MALU…manakala pakaian yang paling cantik untuk kita adalah TAQWA…nilailah diri kita sekarang!Anada rasa anda cantik…atau amat tampan.Ingat bahawa ada yang lebih cantik dan tampan dari kita…jadi lebihnya kita di mana…???Malu & Taqwa…sahabat rasa malu tak apabila solat di lewat waktu…malu tak apabila memandang aurat-aurat orang lain…malu tak apabila mulut mengaku beriman tapi masih saja curang pada Dia…cantikkah/tampankah anda kalau rendahnya rasa malu dalam diri…???


Sahabatku yang diredhai Allah SWT…


Saya mahu anda berfikir…bersediakah anda pada KOMITMEN…???Prinsip asas yang perlu ada dalam percintaan dan perhubungan idaman adalah kefahaman anda terhadap komitmen masing-masing setelah siap untuk membuka langkah menjalani hidup berpasangan.Jadi tanyalah diri anda sekarang…apa yang saya faham tentang hidup berdua…???Nawaitu anda biarlah betul…In Love we should have our own ‘Locus of Control’…and as a muslim our locus is hukum Allah.



Anda perlu faham bahawa hukum asal perhubungan antara lelaki dengan perempuan adalah HARAM…namun apabila tiba pada urusan muamalat atau keperluan tertentu seperti bantuan kecemasan hukumnya bertukar HARUS.Anda jangan salah faham ye…Dia bukan hendak menyusahkan kita tapi kita ini mudah saja menzalimi diri sendiri(jangan salahkan orang lain bila sudah terdesak k…)…maka hukumNya lah panduan terbaik untuk kita semua.



Tapi…bagaimana pula dengan kami…???Kami ‘cinta islamic’ tuan…kami tak macam kapel-kapel(pasangan) yang lain…kami saling bercinta kerana Allah…!!!tak boleh juga ke tuan...




Pembuka Kata Penyapa Bicara


Assalamualaikum wbt. ...

     




"Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat,maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisap."(Al-Mukmin:40)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Segala pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat ra. dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hingga ke akhir waktu.


Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan inayahNya telah mengizinkan ana berkongsi coretan bersama kalian dalam ruang yang di "pinjam" ini.Alangkah ruginya pada pandangan ana jika peluang seumpama ini (blog) tak digunakan sepenuhnya kerana kenikmatan yang sebesar ini bukan diberi melainkan hanya untuk mendapat redhaNya.


"Wahai orang-orang yang beriman,jangan kamu khianati Allah dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui"(Al-Anfaal:27)


Batapa seringkali perjalanan hidup kita terhenti.Berhenti dari mengejar cita-cita mulia,dalam usaha dakwah atau apa sahaja ibadah yang kita lakukan.Kita sering dibuai mimpi dan fantasi.Kehidupan kita dikelilingi ujian dan dugaan yang berbagai bentuk dan rupa.Malah kita sukar membezakan antara yang wajib atau yang haram,yang asli atau yang palsu,yang perlu atau yang berasaskan nafsu.Sehingga kita tersasar dari landasan yang benar.


Seorang muslim semestinya mendaki jalan cita-citanya.Biar tinggi atau rendah,jauh atau dekat,seorang muslim seharusnya tidak mengenal kata berhenti dalam perjalanannya.Berkarya dan berusaha adalah PILIHAN dari lubuk keimanan untuk tujuan nun jauh di akhirat sana.Dengan hala tuju inilah kehidupan kita sebagai muslim punya pengertian.


Hanya kepada Allah kita menyerah diri,segala kesilapan dan kesalahan ana mengharap teguran dan bimbingan dari umat manusia seluruhnya.

Wassalam...


:::dany:::